Wednesday, March 7, 2012

benar kata-kata itu


*pix : google*


apabila menghadapi kerumitan
manusia seringkali lupa bahawa
benar kata-kata itu
Allah menguji hambanya pada tahap yang mereka mampu harungi

tetapi apabila kerumitan itu tidak tertanggung
hati manusia mula kecewa
dan menyoal "mengapa ini berlaku ke atas ku"
lalu lupa bahawa
benar kata-kata itu
Allah menguji hambanya pada tahap yang mereka mampu harungi

kerumitan yang perlu diharungi itu
hanya manusia itu sahaja yang memahami keperitannya
walaupun mereka disekelilinginya acapkali mengingatkan bahawa
benar kata-kata itu
Allah menguji hambanya pada tahap yang mereka mampu harungi

di sebalik kerumitan itu terselindung hikmah yg nyata
namun manusia tidak mampu memikirkannya
kerana kerumitan itu amat berat baginya
pada saat pada ketika manusia itu menghadapinya
hanya doa yang mampu diucapkan
hanya sujud yang mampu dilakukan
dan hati manusia itu hanya mampu meredhakan bahawa
benar kata-kata itu
Allah menguji hambanya pada tahap yang mereka mampu harungi

Allah itu Maha Agong
Allah itu Maha Adil
Allah itu Maha Penyayang
Allah itu Maha Mengasihani

beritahulah diri yang kerdil ini
ingatkanlah akal yang lemah ini
bisikkanlah hati yang sayu ini
bahawa
benar kata-kata itu
Allah menguji hambanya pada tahap yang mereka mampu harungi


written by:
hana.basri

read.more.on.my.journey

Related Posts with Thumbnails