Friday, December 10, 2010

SpecialSlot : Mungkinkah esok masih wujud?



kadangkala terpikir jua.... 
Mungkinkah esok masih wujud?
adakah ibadah ku cukup sampai ke hari ini..
adakah semuanya diterima oleh NYA...


kadangkala terpikir jua.... 
Mungkinkah esok masih wujud?
adakah hari esok ku di alam barzakh..
adakah amalanku boleh membantu..

kadangkala terpikir jua.... 
Mungkinkah esok masih wujud?
adakah syurga yg menantiku...
kerna neraka.. aku tak sanggup....

kadangkala terpikir jua.... 
Mungkinkah esok masih wujud?
siapakah yg mampu membantuku...
siapakah yg pedulikan ku lagi...

kadangkala terpikir jua.... 
Mungkinkah esok masih wujud?
jika TIDAK jawapannya

pasti hari ini lebih banyak ibadah ku
pasti hari ini lebih banyak sedekah jariah ku
pasti hari ini lebih banyak taubat nasuha ku
pasti hari ini ku didik anak-anak ku menjadi soleh & solehah

kerana

itu sahaja yg mampu menjanjikan 
luasnya kuburku di alam barzakh
pantasnya masaku di padang mahsyar
selaju kilat aku meniti titian sirat
bahagianya aku di syurga

insyaAllah


~ written by hana.basri ~


No comments:

read.more.on.my.journey

Related Posts with Thumbnails