hampir setiap hari kita denga pasal isu halal kan? and sometimes here and there orang bercakap pasal halalan toyyiban. i slalu rasa "takde beza lah.. same je kan.. both pon halal ikut islam" tapi not until i betul2 denga satu iklan radio ni yg describe
Apakah Halalan Toyyiban?
Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillanyang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud:
Pertama : segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya
Kedua : sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.
Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud pertama merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan. Manakala pengertian halal dengan maksud yang kedua adalah bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas
Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki halal yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atautuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk. Jadi apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.
Terdapat empat (4) tempat di dalam al-Quran di mana Allah mengguna perkataan toyyib ini sebagai kata sifat bagi menggambarkan kehalalan makanan atau rezeki. Ia adalah di dalam
Surah al-Baqarah, ayat ke-168
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Surah al-Maaidah, ayat ke-88
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Surah al-Nahl, ayat ke-114
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
Surah al-Anfaal, ayat ke-69
Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik, serta bertaqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
baca full article here
source : http://www.ikim.gov.my, www.iium.edu.my
No comments:
Post a Comment