Friday, July 2, 2010

SpecialSlot : dugaan





Dugaan Allah




dugaan Allah hanya satu
utk memberi manusia kesedaran
untuk mengelakkan manusia lalai
untuk menunjukkan kasih sayang-NYA

namun
pada masa dugaan itu tiba
manusia tidak pernah memahami
manusia tidak pernah menerima
manusia tidak pernah mengingati-NYA

malah
manusia mempersoalkan
manusia menidakkan
manusia menjadi semakin lalai

dugaan Allah itu datang dan pergi
pada masa ia tiba
manusia harus sedar
bahawa kasih sayang Allah itu masih ada padanya
bahawa dugaan itu mudah untuknya
bahawa dugaan itu adalah sinar untuknya
dan
pada masa ia pergi
ucapkan syukur
kerna dugaan itu
membawa manusia ke jalan NYA

dugaan Allah akan tiba untuk mu
dugaan Allah akan sampai kepada mu
dugaan Allah akan jua pergi
syukurlah pada masa ia tiba
kerna hidupmu masih di berkati NYA


~ written by hana.basri ~

No comments:

read.more.on.my.journey

Related Posts with Thumbnails